Friday, December 9, 2011

Tungku Moden Magnet

Bakal-bakal ibu yang comel,

Amalan bertungku merupakan salah satu perkara yang wajib 
sewaktu dalam pantang. Pada zaman dahulu bertungku 
di lakukan 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang 
dengan menggunakan batu sungai atau besi .

Tujuan bertungku adalah untuk memecahkan darah kotor 
yang tersimpan di dalam rahim yang boleh menjadi racun 
yang boleh menyebabkan penyakit kemurungan atau gila merian. 
Ia juga mengembalikan kedudukan rahim ke posisi asal selain 
memulihkan urat saraf dan otot ibu yang 
mengembang selepas bersalin.

Bagaimanapun ramai wanita sekarang yang 

meninggalkan amalan tradisional ini kerana 
beranggapan bertungku tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. 
Mereka menganggap ia merupakan amalan 
tradisi orang dulu-dulu yang amat melecehkan.

Sebenarnya amalan bertungku tidak semestinya memerlukan 

anda menggunakan batu sungai atau besi sahaja. 
Pada zaman dahulu oleh kerana ketiadaan peralatan yang lebih 
canggih, batu sungai dan besi di jadikan sebagai bahan bertungku.

Batu sungai atau besi berupaya untuk memerangkap haba dengan 

lebih lama. Oleh itu ia di gunakan sebagai bahan rawatan
yang paling mudah dan murah.

Oleh kerana wanita sekarang tidak mempunyai banyak masa 

atau terpaksa menjaga diri mereka sendiri tanpa seorang pembantu, 
amalan tradisi semakin di lupakan kerana mereka beranggapan 
bahawa tanpa batu sungai atau besi mereka 
tidak dapat untuk bertungku seperti biasa.

Apa dia Tungku moden?

Tungku moden merupakan kaedah rawatan terkini yang boleh 

menggantikan batu sungai atau besi yang sering 
di gunakan sewaktu dalam pantang. Ia amat praktikal 
di kerana tungku moden tidak memerlukan anda 
memanaskan batu sungai atau besi .

Masa untuk menyediakan tungku juga lebih singkat kerana 

tungku moden hanya perlu di caskan pada letrik selama 5- 8 minit 
dan ia tersedia untuk di pakai. Tungku moden ini juga tidak 
terlalu berat atau terlalu ringan dan sangat sesuai untuk 
digunakan oleh semua wanita lepas bersalin.

Malah ia juga boleh di gunakan untuk kegunaan lain 

seperti meredakan sakit perut ketika senggugut, bengkak 
akibat terseliuh , mengurangkan rasa sengal-sengal di badan 
dan berbagai kegunaan lain yang boleh di aplikasikan.



Apa keistimewaan tungku moden?


Sangat mudah di sediakan ! Hanya panaskan tungku pada 

eletrik dan ia siap untuk di gunakan. Tak perlu lagi membakar batu 
pada api seperti zaman dahulu.

Tak terlalu berat atau ringan dan tungku moden boleh di angkat 

oleh wanita bersalin yang tak boleh mengangkat benda-benda berat.

Boleh di gunakan untuk kegunaan lain seperti meredakan 

sakit perut ketika senggugut, menuam bengkak akibat terseliuh, 
mengurangkan rasa sengal atau sakit-sakit.

Harga yang berpatutan kerana ia boleh di gunakan untuk 

kegunaan lain dan boleh di simpan dan di gunakan pada bila-bila masa.

HARGA : RM40 (MAGNET)
RM35 (BIASA)

(Untuk harga borong sila email)






Thursday, September 22, 2011

Jualan Tungku Paling Laris

Sesiapa yang ingin order Tungku...jualan sentiasa dibuka.


Lama Tak Up Date

Dah lama tak update blog yang satu ni.  Asyik edit blog aku tetap aku jer.  Rindu lak rasanya.  Walau pun tak update blog ni..tapi still update jualan ngan FB.  Semua customer order melalui FB.  Alhamdulillah rezeki Allah beri untuk sekeluarga.  Syukur...