Bakal-bakal ibu yang comel, Amalan bertungku merupakan salah satu perkara yang wajib sewaktu dalam pantang. Pada zaman dahulu bertungku di lakukan 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang dengan menggunakan batu sungai atau besi . Tujuan bertungku adalah untuk memecahkan darah kotor yang tersimpan di dalam rahim yang boleh menjadi racun yang boleh menyebabkan penyakit kemurungan atau gila merian. Ia juga mengembalikan kedudukan rahim ke posisi asal selain memulihkan urat saraf dan otot ibu yang mengembang selepas bersalin. Bagaimanapun ramai wanita sekarang yang meninggalkan amalan tradisional ini kerana beranggapan bertungku tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. Mereka menganggap ia merupakan amalan tradisi orang dulu-dulu yang amat melecehkan. Sebenarnya amalan bertungku tidak semestinya memerlukan anda menggunakan batu sungai atau besi sahaja. Pada zaman dahulu oleh kerana ketiadaan peralatan yang lebih canggih, batu sungai dan besi di jadikan sebagai bahan bertungku. Batu sungai atau besi berupaya untuk memerangkap haba dengan lebih lama. Oleh itu ia di gunakan sebagai bahan rawatan yang paling mudah dan murah. Oleh kerana wanita sekarang tidak mempunyai banyak masa atau terpaksa menjaga diri mereka sendiri tanpa seorang pembantu, amalan tradisi semakin di lupakan kerana mereka beranggapan bahawa tanpa batu sungai atau besi mereka tidak dapat untuk bertungku seperti biasa. Apa dia Tungku moden? Tungku moden merupakan kaedah rawatan terkini yang boleh menggantikan batu sungai atau besi yang sering di gunakan sewaktu dalam pantang. Ia amat praktikal di kerana tungku moden tidak memerlukan anda memanaskan batu sungai atau besi . Masa untuk menyediakan tungku juga lebih singkat kerana tungku moden hanya perlu di caskan pada letrik selama 5- 8 minit dan ia tersedia untuk di pakai. Tungku moden ini juga tidak terlalu berat atau terlalu ringan dan sangat sesuai untuk digunakan oleh semua wanita lepas bersalin. Malah ia juga boleh di gunakan untuk kegunaan lain seperti meredakan sakit perut ketika senggugut, bengkak akibat terseliuh , mengurangkan rasa sengal-sengal di badan dan berbagai kegunaan lain yang boleh di aplikasikan. Apa keistimewaan tungku moden? Sangat mudah di sediakan ! Hanya panaskan tungku pada eletrik dan ia siap untuk di gunakan. Tak perlu lagi membakar batu pada api seperti zaman dahulu. Tak terlalu berat atau ringan dan tungku moden boleh di angkat oleh wanita bersalin yang tak boleh mengangkat benda-benda berat. Boleh di gunakan untuk kegunaan lain seperti meredakan sakit perut ketika senggugut, menuam bengkak akibat terseliuh, mengurangkan rasa sengal atau sakit-sakit. Harga yang berpatutan kerana ia boleh di gunakan untuk kegunaan lain dan boleh di simpan dan di gunakan pada bila-bila masa. HARGA : RM40 (MAGNET) RM35 (BIASA) (Untuk harga borong sila email) |
---|
Friday, December 9, 2011
Tungku Moden Magnet
Labels:
Tungku Moden Magnet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment